Crockfords raih 5-Bintang Forbes Travel Guide untuk 8 tahun berturut-turut

Crockfords raih 5-Bintang Forbes Travel Guide untuk 8 tahun berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Crockfords di Resorts World Genting (RWG) terus menetapkan standard tertinggi dalam hospitaliti mewah dengan meraih penarafan 5-bintang dalam edisi terkini Forbes Travel Guice (FTG), sekali gus menandakan pencapaian lapan tahun berturut-turut sejak 2019 hingga tahun ini.

Ia sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai satu-satunya hotel di Malaysia yang menerima anugerah berprestij itu pada tahun ini.

Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam, Spencer Lee berkata, mengekalkan pencapaian itu mencerminkan konsistensi, disiplin dan keprihatinan yang dibawa oleh pasukan mereka dalam setiap interaksi bersama pengunjung.

“Di Resorts World Genting, kami terus fokus memperkukuh tawaran hospitaliti kami serta mencipta pengalaman yang relevan bagi pelancong yang mencari keselesaan, kualiti dan keunikan,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai salah satu hotel mewah terkemuka di dunia yang diiktiraf oleh FTG, pengiktirafan berterusan Crockfords menegaskan status globalnya sebagai pengendali pengalaman pengunjung yang elegan dan penuh keperibadian.

Anugerah ini mencerminkan komitmen hotel terhadap kecemerlangan, perhatian terhadap setiap perincian serta dedikasi penuh terhadap perkhidmatan, ciri ciri utama yang menjadikan Crockfords sebagai permata tersembunyi di Genting Highlands.

Di seluruh resort bersepadu ini, portfolio hotel RWG turut menerima pengiktirafan berterusan.

Genting Grand turut diraikan sebagai Hotel Mewah 4-Bintang Forbes Travel Guide untuk sembilan tahun berturut-turut sejak 2018 hingga 2026.

Selain itu, Hotel Highlands pula tersenarai sebagai Hotel Disyorkan Forbes bagi tempoh sembilan tahun yang sama, mencerminkan konsistensi resort dalam memberikan pengalaman berkualiti merentas rangkaian tawaran hospitalitinya.

Sementara itu, Naib Presiden Operasi Hotel, Robert Marek berkata, pencapaian itu menzahirkan komitmen mereka untuk terus berkembang seiring dengan jangkaan pengunjung.

“Daripada memperkenalkan konsep suite baharu hinggalah kepada memperkaya pengalaman menjamu selera, kami akan terus memperhalusi cara kami menyampaikan keselesaan dan perkhidmatan.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan setiap penginapan mencerminkan standard yang sinonim dengan hotel 5-Bintang Forbes Travel Guide,” ujarnya.

Forbes Travel Guide diiktiraf di peringkat global sebagai autoriti utama dalam hospitaliti mewah, menilai hotel, restoran, spa dan pengalaman pelayaran melalui pemeriksaan rahsia oleh penilai profesional berdasarkan piawaian yang ketat.

Hotel yang dinilai perlu mencapai skor cemerlang merangkumi aspek perkhidmatan, kemudahan dan pengalaman pengunjung secara keseluruhan.

Ia untuk melayakkan diri menerima penarafan tertinggi, menjadikan pengiktirafan FTG sebagai penanda aras dipercayai oleh pelancong berprofil tinggi di seluruh dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×