KUALA LUMPUR: Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP semalam memutuskan bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ yang didakwa menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai alat untuk mencapai kepentingan tertentu. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan perlu menangani dakwaan itu secara berkesan bagi mempertahankan kewibawaan SPRM sebagai institusi penguat kuasa antirasuah negara. “Kami mengambil perhatian serius terhadap dakwaan sebuah…









