Bukan sesuatu yang disengajakan - Noki cedera ketika melakonkan babak aksi - Utusan Malaysia

Bukan sesuatu yang disengajakan – Noki cedera ketika melakonkan babak aksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kecederaan dialami ketika menjayakan babak pertarungan filem Tiket Sehala tidak membuatkan anggota kumpulan K-Clique, Noki serik melakonkan babak aksi.

Malah pemilik nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji menganggap situasi berkenaan sebagai satu proses pembelajaran dalam dunia lakonan.

“Kecederaan berlaku ketika penggambaran filem itu di Korea Selatan. Mulut saya berdarah akibat terkena tumbukan pelakon lain ketika menjayakan babak pertarungan.

“Dalam hal ini tidak siapa perlu dipersalahkan kerana ia bukan disengajakan. Lagi pun normal pelakon cedera ketika melakukan babak aksi.

“Yang penting banyak perkara yang kami belajar susulan kejadian itu,” katanya yang ditemui pada sidang media filem tersebut dan majlis berbuka puasa baru-baru ini.

Menurut Noki, antara cabaran terbesar yang dihadapi sepanjang satu bulan penggambaran di Korea Selatan adalah cuaca sejuk.

“Penggambaran dibuat ketika musim sejuk dengan suhu rendah sehingga -16.

“Alhamdulillah, saya tidak alami demam mahu pun lelah,” kongsinya lagi.

Noki dalam pada itu bersyukur kerana berpeluang mengalami sendiri suasana penggambaran di Korea Selatan yang jarang diperolehi pelakon tempatan.

“Saya bersyukur, entah bila lagi saya dapat peluang menjalani penggambaran di Korea Selatan bersama pelakon-pelakon tempatan mereka serta dari Thailand dan Indonesia,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN