Buka Selat Hormuz atau berdepan kemusnahan

Buka Selat Hormuz atau berdepan kemusnahan

TRUMP berucap di atas pentas di Hebron semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan nada angkuh memberi tempoh 48 jam kepada Iran untuk membuka semula Selat Hormuz kepada pelayaran antarabangsa atau berdepan kemusnahan infrastruktur tenaga negara itu.

Ultimatum tersebut dikeluarkan ketika Iran melancarkan serangan paling dahsyat setakat ini ke atas Israel, sekali gus meningkatkan ketegangan konflik di Asia Barat.

Ancaman itu dibuat hanya sehari selepas Trump menyatakan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan operasi ketenteraan selepas tiga minggu peperangan, namun laluan utama minyak dunia itu masih kekal terjejas.

Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump memberi amaran bahawa AS akan menyerang dan memusnahkan loji janakuasa Iran, bermula dengan yang terbesar, sekiranya Teheran gagal membuka semula laluan tersebut dalam tempoh ditetapkan.

Menurut masa hantaran itu, tempoh 48 jam berkenaan dijangka berakhir pada 11.44 malam GMT, Isnin ini.

Sejak perang dilancarkan oleh AS dan Israel terhadap Iran pada 28 Februari lalu, Tehran bertindak menutup Selat Hormuz sebagai tindak balas.

Bagaimanapun, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi menegaskan sekatan hanya dikenakan terhadap kapal dari negara yang terlibat dalam serangan ke atas Iran, manakala negara yang berkecuali akan terus dibantu.

Sebagai reaksi terhadap ancaman Washington, tentera Iran memberi amaran akan menyasarkan infrastruktur tenaga dan loji penyahgaraman air milik AS serta sekutunya di rantau berkenaan, menurut laporan agensi berita Fars.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN