PETALING JAYA: Puntung rokok yang dibuang sembarangan mampu mencetuskan kebakaran hutan, terutama ketika negara berdepan cuaca panas melampau dengan suhu mencecah sehingga 40 darjah Celsius. Pensyarah Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan, Prof. Dr. Aweng Eh Rak berkata, keadaan cuaca panas menyebabkan rumput dan daun menjadi kering sekali gus mudah terbakar, khususnya di kawasan tanah gambut. Menurutnya, kebakaran yang berlaku bukan sahaja mengancam keselamatan, malah memberi kesan kepada kesihatan apabila…











