Botol minuman Allahyarham Sufea Adela ‘peneman’ bapa

Botol minuman Allahyarham Sufea Adela ‘peneman’ bapa

MASLIHAIZAN Yahya menunjukkan botol minuman kegemaran Sufea Adela di Kampung Ayer Terjun, Besut, Terengganu. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Botol minuman milik Allahyarham Sufea Adela Mas­li­haizan, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam tragedi bas terbabas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Perak, Jun tahun lalu, menjadi pengubat rindu bapa­nya.

Botol tersebut diambil bersama-sama barangan peribadi lain Allahyarham Sufea Adela di Balai Polis Gerik selepas nahas berkenaan.

Bapanya, Maslihaizan Yahya, 50, berkata, botol minuman tersebut dibeli anak ketiganya itu ketika Allahyarham belajar di tingkatan enam dan terus menggunakannya semasa me­nyambung pengajian di UPSI.

“Sufea Adela membawa botol minuman ini ke mana-mana sahaja, tidak pernah ditinggalkan.

“Kini saya menggunakan di tempat kerja. Apabila memba­wanya, saya berasa seolah-olah arwah ada bersama.

“Botol minuman ini sangat bermakna bagi kami kerana ia antara barang kesayangan Sufea Adela,” katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ketika ditemui di Kampung Ayer Terjun di sini.

Sementara itu, isterinya, Za­bi­dah Ibrahim, 50, berkata, kedatangan Ramadan kali ini seolah-olah kosong buat mereka sekeluarga meskipun sembilan bulan selepas pemergian Allahyarham Sufea Adela.

Katanya, Allahyarham sentiasa teruja menyambut Ramadan dan lazimnya dia dan adiknya, Alia Hanani, 19, bersama-sama menjalani ibadah puasa di rumah manakala dua kakaknya bekerja di luar.

“Ramadan membuatkan rin­du kami sekeluarga semakin kuat kerana sebelum ini arwah selalu ada bersama-sama menjalankan ibadah puasa ketika cuti semester pengajian.

“Tetapi kali ini suasana berbeza apabila hanya doa yang dapat dikirimkan buat Sufea Adela. Tiada lagi sosok arwah membantu saya menyediakan hidangan sahur dan berbuka puasa,” katanya.

Dalam nahas pada 9 Jun tahun lalu itu, seramai 15 penuntut UPSI maut apabila bas dinaiki mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampus Tanjung Malim dari Jerteh, Terengganu terbalik berhampiran Tasik Banding, selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan Perodua Alza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×