Boost Bank, Great Eastern perkenal pelan perlindungan serendah RM15 - Utusan Malaysia

Boost Bank, Great Eastern perkenal pelan perlindungan serendah RM15

BOOST Bank dan Great Eastern General Insurance lancar pelan perlindungan mampu milik dan Protect Jar baharu dengan faedah terkumpul 3.3 peratus setahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Boost Bank, bank digital tempatan pertama Malaysia, menjalin kerjasama strategik dengan Great Eastern General Insurance (Malaysia) bagi memperkenalkan rangkaian pelan perlindungan harian mampu milik menerusi ciri baharu, Protect Jar.

Inisiatif tersebut bertujuan menyediakan akses perlindungan insurans asas yang digabungkan dengan ciri simpanan bagi membolehkan pelanggan menguruskan risiko kewangan dengan lebih efisien melalui platform digital.

Menerusi kerjasama itu, pelanggan ditawarkan pelbagai pilihan pelan yang disesuaikan mengikut gaya hidup termasuk perlindungan perjalanan, aktiviti riadah serta rutin ulang-alik ke tempat kerja pada harga serendah RM15.

Menurut kenyataannya, antara produk utama yang diperkenalkan ialah TravelProtect yang menawarkan perlindungan sehingga RM250,000, selain pelan CoreProtect PA yang menyediakan manfaat kematian akibat kemalangan dan hilang upaya kekal sehingga RM50,000 dengan bayaran RM25 setahun.

“Turut diperkenalkan ialah pelan CommuteProtect pada kadar RM25 setahun yang merangkumi perlindungan kemalangan diri sehingga RM25,000 bagi memudahkan urusan para komuter yang kerap menggunakan pengangkutan awam atau kenderaan sendiri.

“Menariknya, pelanggan yang melanggan mana-mana pelan tersebut layak mengaktifkan Protect Jar yang menawarkan kadar faedah harian terkumpul sebanyak 3.3 peratus setahun, sekali gus membolehkan simpanan mereka terus berkembang sambil kekal dilindungi,” katanya. 

Selain itu, pelanggan yang membuat simpanan ke dalam Protect Jar turut berpeluang menikmati pelan TravelProtect Lite PA secara percuma untuk tempoh terhad bagi melindungi risiko kelewatan penerbangan dan kemalangan diri.

Kesemua pelan perlindungan ini boleh diuruskan secara terus oleh pelanggan dengan melayari tab ‘Protect’ serta segmen ‘Special Jars’ yang tersedia di dalam aplikasi Boost Bank. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN