SETIU: Seekor beruang matahari yang menjadi ancaman penduduk ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( Perhilitan) Terengganu di Kampung Merbau Menyusut di sini, semalam. Pengarahnya, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya menerima laporan peduduk berhubung kehadiran haiwan liar sejak 10 Februari lalu. “Susulan itu satu perangkap telah dipasang Perhilitan Daerah Besut pada hari sama. Beruang jantan seberat 110 kilogram yang dapat ditangkap itu dalam keadaan sihat dan stabil,”…










