Bersedia harga minyak AS$200 setong -Iran

Bersedia harga minyak AS$200 setong -Iran

DUNIA perlu bersedia untuk berdepan harga minyak pada paras AS$200 setong ketika negaranya membedil kapal-kapal dagang pada Rabu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Iran menyatakan bahawa dunia perlu bersedia untuk berdepan harga minyak pada paras AS$200 setong ketika negaranya membedil kapal-kapal dagang pada Rabu.

Pegawai Iran menjelaskan bahawa mereka berniat untuk mengenakan kejutan ekonomi yang berpanjangan.

“Bersedialah untuk minyak menjadi AS$200 setong, kerana harga minyak bergantung kepada keselamatan serantau, yang telah anda hancurkan,” kata jurucakap perintah tentera Iran, Ebrahim Zolfaqari, dalam ulasan yang ditujukan kepada Washington semalam.

Sementara itu, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mengesyorkan pelepasan besar-besaran rizab strategik bagi meredakan salah satu ‘kejutan minyak terburuk sejak 1970-an’

Peperangan yang dicetuskan oleh serangan udara bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel hampir dua minggu lalu setakat ini telah mengorbankan kira-kira 2,000 orang, kebanyakannya warga Iran dan Lubnan, memandangkan konflik telah merebak ke Lubnan serta mengheret pasaran tenaga dan pengangkutan global ke kancah huru-hara.

Reuters melaporkan di sebalik apa yang disifatkan oleh Pentagon sebagai serangan udara paling sengit sejak permulaan perang, Iran masih melancarkan serangan ke arah Israel dan sasaran di seluruh Asia Barat pada Rabu, membuktikan ia masih mampu melawan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN