GEORGE TOWN: Bekalan air di Pulau Pinang dijangka stabil sepanjang April dan Mei jika tiada lagi pelepasan air dalam jumlah yang besar dibuat dari Sungai Muda di Kedah. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), Datuk Ir. K. Pathmanathan berkata, situasi semasa menunjukkan, sumber air mentah dari Sungai Muda masa ini masih mencukupi untuk tempoh kira-kira dua bulan. “Untuk rekod, dua empangan utama di Kedah iaitu…










