PETALING JAYA: Keunikan bazar Ramadan di Malaysia wajar dipromosi secara lebih meluas dan dimasukkan dalam kalender pelancongan, sekali gus menarik kehadiran pelancong antarabangsa. Tinjauan Mingguan Malaysia dalam kalangan pelancong di ibu kota baru-baru ini mendapati majoriti bersetuju bahawa bazar Ramadan layak dimasukkan ke dalam kalender pelancongan kerana ia menawarkan pengalaman budaya tempatan yang unik. Ousama, pelancong dari Belgium yang berasal dari Maghribi dan kini menetap di Thailand, berkata, lawatan sulungnya…










