Baulu panas, lembut digemari peminat kuih tradisional - Utusan Malaysia

Baulu panas, lembut digemari peminat kuih tradisional

SUB-SEGMEN seperti pembungkusan industri, ayam ternakan, bakeri dan minuman berdepan tekanan kenaikan kos paling ketara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Perniagaan kuih baulu yang diusahakan seorang ibu tunggal sejak 10 tahun lalu di Pasar Tani Kekal Lekir di sini terus menjadi tumpuan peminat kuih tradisional, terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pelanggan sanggup menunggu untuk mendapatkan baulu panas yang baru dikeluarkan dari ketuhar sebelum dimasukkan ke dalam bekas dan dijual kepada mereka.

Pengusaha, Rosnita Abu Bakar, 48, berkata, antara keunikan baulu yang dihasilkan di kedainya, Ceqta Bakeri ialah teksturnya yang lembut, tidak mudah keras walaupun dibiarkan terdedah di luar bekas selain kekal wangi.

Menurutnya, pada musim perayaan, cuti sekolah dan kenduri kahwin, dia mampu menjual antara 3,000 hingga 5,000 biji baulu.

“Apabila tiba musim raya, penghasilan kuih baulu perlu ditingkatkan sehingga 10,000 biji.

“Kebanyakan pelanggan membeli baulu untuk dijadikan sebahagian daripada juadah dan kuih raya,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambahnya, terdapat juga pelanggan yang membuat tempahan secara pos dan dihantar hingga ke Sabah, Sarawak malah ke luar negara.

Menurut Rosnita, tempahan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini sudah diterima sejak sebelum bulan Ramadan lagi.

Katanya, harga baulu yang dijual ialah RM16 sebekas sepanjang musim perayaan dan permintaan tahun ini amat menggalakkan sehingga dia perlu dibantu pekerja yang terdiri daripada penduduk tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×