TEHRAN: Iran mengesahkan melancarkan serangan terhadap aset Amerika Syarikat (AS) di beberapa negara Teluk Arab sebagai tindak balas terhadap serangan bersama Washington dan Israel ke atas republik Islam itu, sekali gus meningkatkan risiko konflik serantau. Menurut agensi berita Fars, sasaran melibatkan lokasi di Bahrain, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu yang menempatkan pangkalan udara dengan aset ketenteraan AS. Serangan dipercayai menggunakan peluru berpandu dan dron bagi menyasarkan fasiliti strategik. Kor…










