NIBONG TEBAL: Aktivis Arumugam Dorasamy dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi di sini hari ini atas tuduhan membuat kenyataan di media sosial dengan niat menimbulkan kegusaran orang ramai pada Mac tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 56 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nurul Aina Ahmad.
Berdasarkan tuduhan, Arumugam didakwa menyiarkan kenyataan itu di akaun Instagramnya, @arun_dorasamy, yang dilihat dan didengar seorang individu, Nor Al Firdaus Nor Al Huda, di sebuah pusat beli-belah di Batu Kawan pada kira-kira jam 3.45 petang 12 Mac 2025.-UTUSAN










