PETALING JAYA: Dua sayap pemuda parti politik dari Malaysia dan Indonesia memberikan sokongan kepada usaha kepemimpinan kedua-dua buah negara untuk memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan negara ASEAN berteraskan keamanan, kestabilan dan kesejahteraan. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim dan Ketua Umum Tunas Indonesia Raya (TIDAR) Indonesia, Rahayu Saraswati menerusi kenyataan berkata, pendirian terbaharu dan pandangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto untuk memperhebatkan usaha…











