PETALING JAYA: Aliran trafik menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dilaporkan mula perlahan setakat tengah hari ini susulan peningkatan jumlah kenderaan yang menghala ke arah Timur. Menurut laman X Plus Malaysia, kesesakan dikesan bermula dari Plaza Tol Gombak menuju ke Bentong manakala pergerakan kenderaan turut dilaporkan perlahan dari Bentong sehingga ke susur masuk Plaza Tol Karak setakat pukul 12.19 petang. Bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), beberapa laluan Smartlane diaktifkan…










