GUA MUSANG: Pertambahan jumlah kenderaan menyaksikan aliran trafik keluar dari negeri ini menuju ke bandar Gua Musang hari ini mengalami kesesakan sejauh kira-kira 20 kilometer (km). Situasi itu memaksa pengguna jalan raya menempuh perjalanan sehingga lebih tiga jam untuk tiba di bandar Gua Musang, berbanding tempoh biasa kurang sejam. Seawal pagi, kenderaan dilaporkan tidak putus-putus memenuhi laluan berkenaan apabila orang ramai mula bergerak pulang ke ibu kota dan destinasi masing-masing.…










