KOTA TINGGI: Operasi pemadaman kebakaran hutan di Punggai, Pengerang dekat sini hampir selesai apabila kira-kira 135 hektar atau 90 peratus daripada keseluruhan 150 hektar kawasan kebakaran telah berjaya dipadamkan, setakat 9 pagi tadi. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Pegawai Bomba Tinggi II, Ezam Mistorerrodin berkata, kejayaan itu susulan pelaksanaan kaedah water bombing yang telah dimulakan pihaknya. “Operasi hari ini melibatkan seramai 10 anggota bomba, tiga anggota…








