591 calon SPM Terengganu peroleh semua A, terbaik dalam 10 tahun

591 calon SPM Terengganu peroleh semua A, terbaik dalam 10 tahun

KAMSAH@Kamal Mohamed (tiga dari kanan) menyampaikan sijil kepada pelajar cemerlang pada Majlis Pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Terengganu di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Nerus, semalam. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 591 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Terengganu memperoleh semua A dalam keputusan peperiksaan itu yang diumumkan hari ini.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Kamsah@Kamal Mohamed berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan seramai 59 calon berbanding 532 orang pada tahun lalu.

Kata beliau, bilangan calon yang memperoleh semua A+ turut mencatatkan peningkatan kepada 25 orang berbanding hanya 11 calon pada tahun sebelumnya.

“Gred Purata Negeri (GPN) juga menunjukkan peningkatan kepada 4.17 berbanding Gred Purata Nasional (GPN) 4.42. Pencapaian ini adalah yang terbaik dalam tempoh 10 tahun bagi negeri Terengganu,” katanya ketika mengumumkan keputusan SPM peringkat negeri di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) , di sini hari ini.

Menurut Kamsah, seramai 11,633 orang daripada keseluruhan 17,457 calon atau 67.6 peratus lulus semua mata pelajaran yang diambil.

Katanya, pencapaian tersebut menunjukkan peningkatan berbanding 66.41 peratus pada tahun lalu.

“Secara keseluruhan, seramai 16,624 calon atau 96.61 peratus layak menerima sijil SPM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN