PETALING JAYA: Sebanyak 3,682 titik panas banjir dikenal pasti di seluruh negara berdasarkan rekod kejadian sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh tiga tahun terkini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, Pahang mencatatkan jumlah titik panas tertinggi iaitu 760 lokasi, diikuti Kelantan (618) dan Sabah (517). Katanya, data titik panas menjadi rujukan penting bagi orang awam mengenal pasti kawasan berisiko tinggi, manakala…










