PETALING JAYA: Sebanyak 24 juta serangan siber terhadap peranti dicatatkan di negara ini sepanjang tahun lalu, dengan satu daripada empat pengguna terdedah kepada ancaman yang berpotensi menjejaskan operasi perniagaan. Jumlah berkenaan dicatatkan berdasarkan data Kaspersky Security Network (KSN) dengan serangan berpunca daripada peranti seperti komputer riba, komputer meja dan stor simpanan boleh alih yang digunakan dalam operasi harian. Menurut laporan itu, jangkitan yang tidak ditangani melemahkan sistem dan meningkatkan risiko…










