21 kawasan seluruh negara di bawah gelombang haba

21 kawasan seluruh negara di bawah gelombang haba

14 kawasan di Semenanjung berada pada tahap berjaga-jaga selepas merekodkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua daerah di Pahang iaitu Jerantut dan Raub di Pahang menjadi kawasan terbaharu yang mengalami cuaca panas terik dengan amaran gelombang haba kuning (Tahap 1) dikeluarkan untuk kedua-duanya.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), setakat pukul 6 pagi tadi, sebanyak 21 kawasan di seluruh negara di letakkan di bawah gelombang haba.

Selain itu, tiga daerah di kedah iaitu Baling, Pendang dan Pokok Sena terus menjadi kawasan paling teruk terjejas dengan amaran gelombang haba jingga (Tahap 2) dikeluarkan selepas suhu mencatat antara 37°C hingga 40°C sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kawasan lain yang terjejas di Kedah termasuk Sik, Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu, di mana amaran gelombang haba Tahap 1 telah dikeluarkan.

“Manakala, kawasan lain dengan amaran gelombang haba Tahap 1 termasuk Daerah Utara dan Timur Laut di Pulau Pinang, Hulu Perak, Selama, Kinta dan Kuala Kangsar di Perak, serta Perlis dan Kuala Lumpur,” katanya hari ini

Menurut Metmalaysia, amaran Tahap 1 dikeluarkan apabila suhu mencatat antara 35°C hingga 37°C sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Dalam perkembangan berkaitan, amaran turut dikeluarkan untuk paras air di sembilan empangan di seluruh negara.

Di utara, paras air di Empangan Muda di Kedah telah menurun kepada hanya 7.89 peratus daripada kapasiti penuh sehingga masa laporan ini.

Paras air di Empangan Ahning dan Beris di Kedah juga telah mencapai tahap berjaga-jaga, masing-masing mencatat 54.72 peratus dan 60.16 peratus daripada kapasiti.

Empangan Timah Tasoh di Perlis kini berada pada 39.09 peratus kapasiti manakala Empangan Bukit Merah di Perak berada pada 38.6 peratus kapasiti.

Di Johor, paras air di empat empangan telah mencapai tahap berjaga-jaga.

Empangan tersebut ialah Labong (61 peratus), Gunung Pulai 2 (47.78 peratus), Upper Layang (43.52 peratus) dan Lebam (58.15 peratus). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini