KOTA KINABALU: Armada Bersatu Sabah turut bergolak, apabila 15 pemimpin tertingginya mengumumkan peletakan semua jawatan dan meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta. Ketua Armada Bersatu Sabah, Hisyam Hazaril berkata, keputusan itu turut membabitkan pembubaran jawatankuasa Armada Sabah. “Tindakan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan dalaman parti yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini. “Kami amat kecewa melihat konflik dalaman parti yang semakin berlarutan dengan serangan terbuka pimpinan serta…










