SHAH ALAM: Seramai 12 suspek berusia 30 hingga 40 tahun termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian khianat terhadap seorang aktivis, Cikgu Chandra ditahan dalam pelbagai siri serbuan sejak 12 Mac lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kesemua ditahan menerusi operasi bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sekitar Banting, Subang dan Serdang.…










