HAT YAI (THAILAND): Seramai 12 rakyat Malaysia yang positif dadah semasa berhibur di sebuah pusat hiburan terkenal di bandar ini pada 7 Mac lalu, tidak dibenarkan diikat jamin dan boleh ditahan sehingga 24 hari dari tarikh tangkapan bagi tujuan siasatan. Sumber Polis Wilayah 9 berkata, tempoh tahanan itu diberikan kepada pihak berkuasa bagi melengkapkan siasatan sebelum kes dibawa ke mahkamah. Katanya, selepas tempoh berkenaan, individu terbabit akan dihadapkan ke mahkamah…










