Ya, Allah saya menahan sebenarnya - Ziana Zain sebak kenang pemergian ibu bapa - Utusan Malaysia

Ya, Allah saya menahan sebenarnya – Ziana Zain sebak kenang pemergian ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya ingat saya boleh, tetapi saya kalah. Allahuakhbar.”

Demikian luahan penyanyi tersohor, Ziana Zain, 58, yang gagal menahan sebak pada konsert Reunion Sembilu semalam kerana mengenangkan pemergian kedua orang tuanya.

Ziana memaklumkan yang dia terpaksa menguatkan diri demi menggalas tanggungjawab untuk melunaskan dua buah konsert yang berlangsung sepanjang tempoh sukar itu.

“Sangat sukar berada dalam situasi saya sekarang ini. Bila sudah tidak ada ibu bapa.

“Saya kena harungi dalam masa empat bulan, kena menyanyi untuk konsert Empat dan konsert Reunion Sembilu.

“Ya Allah, saya menahan (sedih) sebenarnya,” luahnya di Axiata Arena semalam.

Ziana dalam masa yang sama meluahkan rasa syukur kerana mempunyai sistem sokongan yang kuat sepanjang tempoh sukar itu.

“Saya sangat bertuah kerana ada sistem sokongan yang kuat, adik saya Anuar Zain dan adik beradik lain serta anak-anak saya.

“Kita doakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Zin Abdullah dan Robiah Abdul. Semoga ibu bapa saya dicucuri rahmat.

“Sudah tiada kedua figura itu, yang setiap pagi buka pintu untuk cucu-cucu mereka.

“Allah maha kaya. Esok lusa kita pula (menyusul),” ujarnya.

Selain penampilan Ziana, Axiata Arena digegarkan dengan persembahan istimewa daripada primadona filem Melayu Erra Fazira dan legenda rock tanah air, Datuk Awie.

Ketiga-tiganya bergabung dalam mengembalikan nostalgia filem Sembilu menerusi lebih 24 lagu hits masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN