Mendiang Brad Arnold disenangi ramai - Utusan Malaysia

Mendiang Brad Arnold disenangi ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Vokalis dan pengasas kumpulan 3 Doors Down, Brad Arnold yang disahkan meninggal dunia Sabtu lepas merupakan individu yang disenangi ramai.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir selepas sembilan bulan mendedahkan kepada peminat mengenai penyakit kanser buah pinggang yang dihadapinya.

Pemergian Brad dirasai keluarga, peminat dan anggota band itu yang baru-baru berkongsi kesedihan mereka di Instagram.

“Mendiang adalah suami yang baik, kebaikan dan sifat periangnya membawa kegembiraan kepada ramai orang.

“Mereka yang mengenali mendiang bukan sahaja mengetahui yang beliau seorang pemuzik berbakat, tetapi juga sebagai seorang manusia yang menyenangkan, berperikemanusiaan dan penyayang kepada ahli keluarganya,” ujar kumpulan itu dalam kenyataan di Instagram.

Brad menerusi satu video yang dimuat naik dalam Instagram Mei tahun lepas memaklumkan tentang kanser berkenaan yang merebak ke paru-parunya.

Keadaan kesihatan Brad juga membuatkan band tersebut terpaksa membatalkan konsert jelajah musim panas mereka tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN