PETALING JAYA: Tuntutan sebanyak RM10 juta terhadap wakil rakyat yang melanggar baiah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dibawa ke mahkamah selepas proses ‘pembersihan’ dalam parti selesai. Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Harris Idaham Rashid berkata, pendekatan itu bagi memastikan tindakan yang diambil lebih tersusun dan tidak dilakukan secara tergesa-gesa. “Saya rasa elok kita bawa ke mahkamah apabila selesai semua pemecatan dan juga siapa yang hendak keluar dan…










