PETALING JAYA: Dua tanduk dan tengkorak disyaki rusa yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di Sepang baru-baru ini dipercayai hendak dibawa ke Vietnam. Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, siasatan awal mendapati suspek, seorang lelaki warga Perancis, bukan ‘keldai’ bagi membawa trofi hidupan liar terbabit. Katanya, suspek memaklumkan barang itu diperolehi daripada abangnya di Perancis…










