PETALING JAYA: Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan semakin sesak akibat peningkatan jumlah kenderaan sejak awal pagi tadi sempena musim cuti persekolahan dan sambutan Tahun Baharu Cina. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, situasi lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang masih dalam keadaan lancar dan terkawal namun aliran trafik semakin meningkat serta bergerak perlahan di beberapa kawasan. Dalam perkembangan trafik pukul 9.32 pagi itu, LLM…










