PETALING JAYA: Cadangan membenarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan bagi membayar premium pelan insurans atau takaful kesihatan perubatan asas (MHIT) perlu ditolak kerana berpotensi melemahkan jaminan persaraan rakyat. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd. Khalib berkata, jaminan persaraan tidak wajar ditukar dengan perlindungan kesihatan kerana KWSP diwujudkan bagi melindungi rakyat Malaysia daripada kemiskinan pada usia tua. Katanya, pengeluaran KWSP boleh melebarkan jurang ketidaksamaan…










