KUALA LUMPUR: Malaysia masih belum mempunyai vaksin khusus bagi mencegah jangkitan tuberkulosis (tibi) dalam kalangan orang dewasa meskipun imunisasi Bacille Calmette-Guerin (BCG) terus diberikan kepada bayi. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, setakat ini masih belum terdapat vaksin anti-tuberkulosis (TB) yang benar-benar berkesan dan sedia digunakan di pasaran. Katanya, ketiadaan vaksin khusus menyumbang kepada kesukaran untuk menghapuskan sepenuhnya penyakit berjangkit itu dalam masa terdekat. “Apa yang disebutkan mengenai…










