Tiada usul tawar keahlian Pas kepada Hamzah

Tiada usul tawar keahlian Pas kepada Hamzah

TAKIYUDDIN Hassan (kiri)  mendapatkan pemeriksaan kesihatan pada Majlis Perasmian Klinik Hayat 24 Jam Cherang di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Belum timbul apa-apa usul untuk Pas menawarkan tempat kepada bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai ahli parti itu selepas pemecatan keahliannya, semalam.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, setakat ini Pas tidak menerima sebarang permohonan daripada Hamzah serta 16 ahli Bersatu yang turut dipecat keahlian mereka.

Beliau berkata, secara umumnya, Pas boleh menerima sesiapa sahaja sebagai ahli parti itu tetapi tetap tertakluk kepada keputusan serta kelulusan Jawatankuasa Pas.

“Sesiapa sahaja boleh memohon untuk menjadi ahli Pas tetapi ia bergantung kepada kelulusan kita (Pas) dan banyak faktor lain.

“Setakat ini perkara ini (tawar keahlian kepada Hamzah) belum timbul dan tiada apa-apa permohonan dari kawan-kawan kita yang berkenaan,” katanya selepas Majlis Perasmian Klinik Hayat 24 Jam Cherang, di sini hari ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan Hamzah yang juga Ahli Parlimen Laut dipecat keahlian serta-merta, semalam, atas dakwaan mengetuai gerakan menjatuhkan pimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN