GEORGE TOWN: Tempahan hotel di Pulau Pinang mencatat prestasi memberangsangkan sepanjang cuti perayaan Tahun Baharu Cina, dengan kebanyakan premis penginapan mencatat kadar penghunian antara 80 hingga 100 peratus. Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia Pulau Pinang (MAH), Tony Goh berkata, tempahan bermula dari hari pertama hingga hari kelima perayaan menunjukkan angka sangat positif, melibatkan hotel di kawasan bandar dan hotel peranginan pantai yang menerima permintaan tinggi daripada pelancong domestik dan antarabangsa. “Tempahan…










