PETALING JAYA: Pengambilan 20,000 guru baharu bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar di sekolah-sekolah seluruh negara perlu dilaksana secara berhemah dan tapisan ketat, khususnya melibatkan aspek minat serta kesesuaian calon. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berkata, langkah itu penting bagi mengelak pelbagai masalah timbul di sekolah, sekiranya pengambilan guru dibuat tanpa tapisan teliti. Beliau berkata, minat untuk mengajar serta kesabaran dalam mendidik merupakan kriteria paling…










