KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini dapat memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Perdana Menteri berkata, Tahun Kuda membawa simbolik kepada kemajuan ekonomi yang lebih baik pada tahun ini selaras dengan semangat tenaga dan progresiviti yang dikaitkan dengan zodiak berkenaan. “Tahun Kuda merupakan tahun berapi yang memacu pertumbuhan lebih hebat, menjadi simbol tenaga yang kencang dan bertenaga serta diharap dapat memberi…










