PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu pemilikan saham yang membabitkan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Hishamudin Md. Yunus berkata, jawatankuasa penyiasatan khas yang ditubuhkan sebelum ini tidak mempunyai kuasa statutori yang jelas dan mencukupi untuk menjalankan siasatan terhadap Azam. “Penubuhan sebuah pasukan petugas tidak mempunyai kuasa seperti RCI yang…










