PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa untuk berundur sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ekoran didakwa gagal menguruskan krisis dalaman parti sehingga dibiarkan berlarutan ke tahap yang mustahil dipulihkan. Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, langkah itu dapat memulihkan dan membina semula kekuatan sebenar parti, termasuk memperkukuhkan hubungan strategik bersama rakan komponen Perikatan Nasional (PN). “Lebih malang, beliau dilihat menggunakan seluruh baki kekuatan yang ada…










