PETALING JAYA: Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan pendirian bagi terus menyokong kepimpinan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin disebalik tekanan dan desakan meletak jawatan. Ketua Srikandi Muda Bersatu, Nurul Ezzati Azmi berkata, kestabilan kepimpinan perlu diberi keutamaan bagi memastikan hala tuju perjuangan parti tidak terpesong ketika berdepan pelbagai tekanan dan ujian. “Muhyiddin telah membuktikan keupayaan memimpin dalam keadaan sukar dengan pendekatan yang tenang dan berpengalaman. “Kekuatan parti…










