PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion. Siasatan itu dijalankan selepas beberapa aduan dikemukakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian berkenaan dibuat secara tergesa-gesa serta berat sebelah sehingga berpotensi memberi kesan kepada kepentingan kerajaan. Menurut sumber, SPRM telah mendapatkan beberapa dokumen berkaitan perjanjian tersebut daripada Kementerian Ekonomi pada 13 Februari lalu…









