Sharifah Aleya umum sudah bercerai - Utusan Malaysia

Sharifah Aleya umum sudah bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyampai radio terkenal, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 44, mengumumkan beliau kini sudah bercerai dengan suami, Mohammed Azam Abdullah.

Walaupun tidak mendedahkan tarikh sebenar perceraian, Aleya memaklumkan tempoh idahnya telah tamat hari ini.

“Alhamdulillah ‘ala kulli haal. Saya dan anak-anak berada dalam keadaan baik dan saling menyokong antara satu sama lain melalui situasi ini. Alhamdulillah, kami mempunyai sistem sokongan yang hebat,” tulisnya menerusi kapsyen sebuah video yang dimuat naik pada Khamis.

Menurut Aleya, video tersebut merupakan dokumentasi perjalanan hidupnya sepanjang 2025. Pengumuman itu dibuat bagi mengelakkan sebarang fitnah dan salah faham.

“Perkongsian ini hanya untuk memaklumkan, mengelakkan fitnah, dan memberi tahu semua bahawa kami akan baik-baik sahaja, InshaAllah. Doakan saya dan anak-anak saya. Semoga Allah mempermudah urusan dan mengampuni,” katanya.

Aleya sebelum ini berkahwin dengan Azam pada Januari 2013 dan dikurniakan dua anak iaitu Ali Abdullah dan Ahyan Abdullah, 9 tahun.

Sebelum itu, Aleya pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhd Asyraf Aasimuddin pada 2007 dan bercerai pada Februari 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, kini berusia 17 tahun. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN