ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas dan seorang wanita yang juga Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah pusat pendidikan dan dakwah, ditahan kali kedua oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, semalam. Suspek lelaki yang juga pengarah urusan institusi berkenaan bersama wanita terbabit kali ini ditahan untuk membantu siasatan kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut sumber, siasatan terhadap mereka turut melibatkan proses kelulusan pembayaran untuk pembelian rumah…










