SCOLA Safety keselamatan warga sekolah SK Teluk Kumbar

SCOLA Safety tingkat perlindungan keselamatan murid, warga sekolah

BEBERAPA pelajar sekolah beratur untuk mencuba menggunakan Sistem Keselamatan Kampus Pintar SCOLA di SMJK Union, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini. – UTUSAN/SAFINA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAHAP keselamatan di sekolah terus menjadi keutamaan dalam memastikan kesejahteraan murid, guru dan warga pendidikan sentiasa terpelihara.

Seiring peningkatan cabaran keselamatan semasa, usaha memperkukuh sistem pemantauan dan perlindungan di institusi pendidikan kini dilihat sebagai satu keperluan kritikal, bukan lagi sekadar pilihan.

Selaras dengan keperluan itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Kumbar, Pulau Pinang meningkatkan tahap keselamatannya menerusi pelaksanaan Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

SISTEM Keselamatan Kampus Pintar SCOLA boleh memberi perlindungan dan pemantauan keselamatan murid, pelajar serta warga sekolah.

SCOLA Safety System hasil kerjasama strategik antara Lions Club of Tanjung Penang dan SCOLA Sdn. Bhd., sekali gus menyokong agenda mewujudkan persekitaran sekolah lebih selamat di negeri berkenaan.

Projek yang dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebarang kos kepada pihak sekolah itu melibatkan pemasangan Sistem Keselamatan Kampus Pintar SCOLA bagi meningkatkan perlindungan serta pemantauan keselamatan murid dan warga sekolah.

 

 

sebut disempurnakan oleh Presiden Lions Club of Tanjung Penang, Ung Eak Tian bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SCOLA Sdn. Bhd., Datuk Edwin Khoo.
Turut hadir Guru Besar SK Telok Kumbar, Hanzaneza Abdul Hamid dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Suhairy Salim.

Edwin berkata, inisiatif itu diperkenalkan susulan kebimbangan terhadap isu keselamatan sekolah yang semakin mendapat perhatian masyarakat, khususnya melibatkan keselamatan murid di dalam kawasan sekolah.

Menurutnya, sistem berkenaan direka bagi membantu pihak sekolah bertindak lebih pantas dalam situasi kecemasan di samping memberi ketenangan minda kepada ibu bapa.

“Antara kelebihan utama sistem ini adalah keupayaannya untuk menghantar makluman segera kepada ibu bapa sebaik sahaja murid memasuki kawasan sekolah melalui imbasan yang disediakan.

“Selain itu, pihak sekolah juga boleh menyampaikan maklumat kecemasan kepada ibu bapa hanya dengan satu sentuhan, sekali gus memastikan komunikasi keselamatan yang pantas dan berkesan,” katanya, baru-baru ini.

Beliau berkata, penggunaan sistem itu tidak melibatkan sebarang pengumpulan data peribadi seperti nombor kad pengenalan, alamat rumah, maklumat ibu bapa atau imej wajah murid, sekali gus menjamin aspek privasi pengguna.

Dalam pada itu, Edwin turut merakamkan penghargaan kepada Lions Club of Tanjung Penang serta rakan penaja lain atas sokongan menjayakan projek berkenaan, sambil menyifatkan setiap peranti yang dipasang sebagai simbol keprihatinan terhadap keselamatan komuniti sekolah.

Sementara itu, pihak sekolah dan PIBG menyambut baik pelaksanaan projek tersebut dan berharap lebih banyak pihak korporat serta individu tampil menyokong inisiatif seumpama itu bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat dan kondusif.

Difahamkan, selain SK Telok Kumbar, sistem keselamatan itu turut dipasang di beberapa sekolah lain di Pulau Pinang.

Antaranya ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Union, SMJK Jit Sin 2, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Jaya serta beberapa sekolah lain. –UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN