PETALING JAYA: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah mengambil pendekatan sama dengan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk menarik balik rayuannya menyertai semula Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Dalam surat yang dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Rayuan, Tan Sri Azhar Harun, Saifuddin menyatakan hasrat dan keputusan menarik balik rayuan dikemukakannya pada 16 Januari lalu. “Saya dengan rasmi menyatakan hasrat dan keputusan menarik balik rayuan tersebut berkuat…










