GEORGE TOWN : Sebanyak 10 projek pemuliharaan dan naik taraf warisan dijangka direalisasikan di Pulau Pinang selepas menerima peruntukan sebanyak RM4.3 juta daripada Jabatan Warisan Negara. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Ir. A. Rajendran berkata, daripada jumlah itu, sembilan projek dianggarkan bernilai RM3.8 juta akan dilaksanakan oleh MBPP manakala baki satu lagi projek di bawah seliaan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) dengan peruntukan sebanyak RM500,000. “Peruntukan…










