Ribut petir, hujan lebat beberapa negeri hingga tengah hari

Ribut petir, hujan lebat beberapa negeri hingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Antara kawasan terlibat di Selangor ialah Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Di Negeri Sembilan, kawasan yang dijangka terjejas ialah Port Dickson dan Rembau, manakala seluruh Melaka turut berada dalam kawasan amaran.

Bagi Johor, amaran melibatkan daerah Tangkak, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan Bintulu termasuk Bintulu dan Sebauh dijangka mengalami keadaan cuaca sama.

Sementara itu di Sabah, amaran melibatkan Sandakan (Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Pitas dan Kudat). Wilayah Persekutuan Labuan turut berada dalam kawasan amaran.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada, mengelakkan kawasan rendah berisiko banjir kilat serta menangguhkan aktiviti luar sekiranya keadaan cuaca semakin buruk.

MetMalaysia akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi agensi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN