KUALA LUMPUR: Kelompok bekas banduan di negara ini akan mendapat peluang kedua bebas daripada rekod jenayah melalui mekanisme nyahaktif atau SPENT dengan pindaan Akta Pendaftaran Jenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 (Akta 7). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia akan membolehkan individu yang telah menjalani hukuman dan kekal bebas daripada kesalahan baharu dalam tempoh ditetapkan dikecualikan daripada rekod jenayah tertentu. Katanya, mekanisme nyahaktif akan terpakai…










