Ramai wanita pandang rendah terhadap saya kerana ada pembantu - Intan Najuwa - Utusan Malaysia

Ramai wanita pandang rendah terhadap saya kerana ada pembantu – Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datin Intan Najuwa kesal dengan tindakan segelintir kaum wanita yang mempertikaikan kesungguhannya menyediakan makanan buat keluarga.

Meskipun mempunyai ramai pembantu, Intan berkata dia tidak pernah sekali pun memandang rendah golongan wanita yang tidak pandai memasak sebaliknya memahami kepayahan yang ditanggung mereka.

“Baca komen dekat bawah ini ramai wanita memandang rendah terhadap saya, mengatakan saya ada ramai pembantu di dapur jadi ‘bukanlah perkara besar’.

“Ya, memang saya ada bantuan tapi saya tak pernah menghakimi orang yang tak memasak di rumah sebab saya tahu memang penat mahu kemas dan masak sendiri.

“Tapi tolong jangan cakap perkara seperti tak adalah usaha sangat,” katanya dalam Threads.

Dalam hantaran sama, Intan turut menyifatkan pertikaian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjalankan tanggungjawabnya untuk menguruskan rumah tangga dan keluarga tercinta.

“Walau sekecil perkara pun, tetap satu usaha daripada seorang wanita untuk suami dan keluarganya.

“Setiap orang ada usaha masing-masing dan usaha saya tak terbatal hanya kerana saya ada sokongan,” jelasnya lagi.

Intan berkata demikian selepas seorang netizen meluahkan rasa kagum dengan sikapnya yang rajin menyediakan hidangan buat suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman.

“Saya suka tengok Intan Najuwa, walaupun dia sibuk dan mampu beli makanan di luar, dia usaha juga masak untuk suami dia,” kata netizen tersebut.

Pun begitu, ada sesetengah golongan wanita meluahkan rasa kurang senang dengan pujian tersebut kerana pelakon itu memiliki ramai pembantu di dapur.

Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara yang kini berusia setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN