SETIU: Kedatangan Ramadan membuka pintu rezeki buat seorang peniaga varieti nanas premium MD2 apabila permintaan terhadap buah itu meningkat sekali ganda. Siti Kartini Mamat, 38, berkata, lazimnya jualan nanas MD2 kira-kira 200 kilogram sehari tetapi ia meningkat sekali ganda ketika Ramadan. “Ketika Ramadan pengguna buat persediaan awal bagi memenuhi keperluan hidangan berbuka puasa dan perniagaan makanan yang mana nanas antara hidangan sering dicari. “Buahnya yang manis-manis masam mudah dipelbagaikan sebagai…










