PETALING JAYA: Kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan warganegara Malaysia di luar negara dan rakyat di negara ini yang melancong atau menetap di luar negara diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan negara tuan rumah. Kementerian Luar merujuk kepada kes seorang warganegara Malaysia, Muhammad Faiq Zafran Mohd. Jailani yang pada awalnya dilaporkan hilang di Jepun sejak 2 Disember 2025 sebelum disahkan berada dalam tahanan Balai Polis Toyama Minami. Katanya, Kedutaan Besar Malaysia…










